July 17, 2014

Pray For MH17


Innalillahiwainnailaihirajiun...

Speachless.... Terkejut dengan berita ini. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan anak-anak kapal semasa kejadian. 

Banyak persoalan yang bermain di minda.. Kenapa Malaysia? Apa motif serangan? Kenapa pesawat penumpang yang jadi mangsa? Apakah ini semua ada kaitan dengan MH370? Adakah ini semua konspirasi terancang? 


Setelah 4 bulan kita dikejutkan dengan berita MH370 kini MH17 pula. Semacam ada sesuatu yang tak kena. Ketika umat Islam di Malaysia sedang menyokong Gaza  kini MH17 menjadi mangsa. Dalam masa yang sama Perdana Menteri Israel mengumumkan perang darat dengan mengarahkan lebih 50000 tentera menyerang Gaza pada hari ini.

Dalam masa yang sama juga di tanah air kita di kawasan tertentu di Sabah sedangbergolak dan telah diistiharkan darurat. Apa makna semua ini?? 

Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT melindungi negara kita ini daripada segala bencana dan malapetaka.  

0 comments:

Post a Comment