July 16, 2014

Pengajaran Peristiwa CDM 25


Dalam dua tiga hari ni kecoh di media sosial terutamanya di facebook mengenai seorang perempuan yang bertindak melampau terhadap seorang lelaki tua berbangsa cina yang terlanggar kereta Peugeot 208 nya di Kuantan. Kejadian ini amat memalukan bagi kita orang Islam tambahan ianya berlaku di bulan Ramadhan.

Begitu cepat sekali video ini viral di facebook. Tidak kurang juga ada yang buat lagu dan parody. Ada juga yang mengambil kesempatan atas kejadian ini untuk menghentam pihak-pihak tertentu terutamanya terhadap orang Islam dan golongan wanita bertudung. Dan ada juga yang tampil membuat kebajikan atas kejadian ini seperti Digi yang ingin sponsor kedua-dua pihak mambaiki kerosakan.

Sungguh malang gadis ini diperlakukan sedemikian rupa. Dengan teknologi yang canggih sekarang ini ditambah pula dengan 'keperihatinan' masyarakat Malaysia habis semua maklumat gadis ini dibongkar. Asalnya daripada nombor pendaftaran kereta, yang didaftarkan atas nama syarikat. Kebetulan pula perniagaan syarikat tersebut aktif di facebook maka dengan mudah orang dapat menjejaki gadis tersebut.


Kemuncaknya apabila kejadian ini turut mendapat perhatian media elektronik. Malam tadi di Buletin Utama kisah ini menjadi tajuk utama berita. Sungguh malang lagi gadis ini bakal didakwa walaupun Uncle Sim tidak membuat laporan polis, malah beliau dengan besar hati memaafkan gadis tersebut. Ini menjadi tamparan hebat kepada kita orang Islam yang kebetulan sekarang ini bulan Ramadhan. Betapa mulianya hati uncle ini dan ketika kejadian beliau langsung tidak meninggikan suara.

Pagi ini dalam perjalanan ke ofis saya dengar di radio, gadis yang malang ini tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas keterlanjurannya terhadap Uncle Sim. Apa pun alasannya kita patut terima dan bagi peluang kepada beliau. Seperti lagu Jay Jay "Lautan mana yang tidak bergelombang.. Bumi yang mana tidak ditimpa hujan". Hari ni hari dia.. Mana tau kalau kita tidak menjaga tingkah laku kita, kemungkinan kita juga akan menerima nasib yang sama. 


Walaubagaimanapun pujian patut diberikan kepada Kiki kerana berani mengakui kesalahannya secara terbuka di media elektronik dan berani berjumpa dengan Uncle Sim dan keluarga seterusnya berani berhadapan dengan masyarakat walaupun dikecam hebat. Jadi seeloknya kita tidak perlu memperpanjangkan lagi tohmahan terhadap Kiki. Tak pasal-pasal dapat dosa kering di bulan puasa ni. Sebaiknya kita mendoakan semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada Kiki untuk menghadapi dugaan ini dan kita sama-sama mendoakan kebaikan buat beliau agar beliau dapat berubah menjadi lebih baik. 

Sungguh banyak sekali pengajaran daripada peristiwa ini. Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini sama-samalah kita perbaiki diri kita agar menjadi Rahmatan Lil Alamin, yang memberikan manfaat kepada sekelian alam.

0 comments:

Post a Comment