June 29, 2014

Marhaban Ya Ramadhan



Selamat menyambut Ramadhan & mengerjakan ibadah puasa.

Syukur ke hadrat ilahi kerana masih dapat bertemu Ramadhan sekali lagi. Sama-samalah kita berdoa semoga Ramadhan tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya.

June 26, 2014

JDT Juara Liga Super 2014


Dari Utusan..

KUCHING - Ketika Lionel Messi memastikan negaranya mara ke pusingan kedua Piala Dunia, Jorge Pereyra Diaz pula memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang trofi Liga Super 2014 apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika bertemu Sarawak di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Sebelum perlawanan malam ini, pasukan yang terkenal dengan gelaran ‘Harimau Selatan’ itu mengumpul 41 mata, satu mata di depan pencabar terdekat, Selangor.

Namun, jaringan Diaz pada minit ke- 65, dengan Selangor hanya seri di Shah Alam dengan PKNS bermakna anak-anak buah Bojan Hodak itu mengumpul 44 mata, tiga mata mengatasi Red Giants.

Bagaimanapun Sarawak tidak memberi laluan mudah kepada JDT apabila skuad yang diketuai Joseph Kalang Tie itu kelihatan begitu garang, terutama pada babak pertama.

Skuad Ngap Sayot yang dibimbing jurulatih Robert Alberts, rakan sepasukan jurulatih Belanda pada Piala Dunia 2014, Louis van Gaal ketika di Ajax Amsterdam, terus memberi tekanan kepada JDT hingga hampir menjaringkan gol pada minit terakhir sebelum pengadil meniup wisel tamat.

Ketiadan penyerang import Sarawak, Muamer Salibasic nyata memberi kesan kepada Ngap Sayot apabila setiap peluang gagal dimanfaatkan.


Pada minit ke-67 hantaran lintang pemain sayap Sarawak S. Chanturu ke arah gawang gol gagal disempurnakan jentera serangan Ngap Sayot.

Pemain pertahanan, Mafry Balang hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-77 namun sepakan jauh dari luar kotak penalti terus ke dakapan penjaga gol JDT, Md. Al-Hafiz Hamzah.

Jurulatih JDT, Bojan Hodak ketika ditemui pemberita selepas meraikan kemenangan bersama para pemain memberitahu, beliau berpuas hati dengan kesemua anak buahnya.

"Saya sangat gembira dan bangga dengan kemenangan ini ditambah pula dengan kehadiran begitu ramai penyokong JDT yang sanggup berkorban membeli tiket penerbangan bagi hadir memberi sokongan kepada kami malam ini.

"Dua pemain import Sarawak tidak bermain malam ini sebenarnya ‘bonus’ kepada JDT untuk menguasai perlawanan dan menjuarai Liga Super tahun ini," katanya.

Jelasnya, beliau turut mengakui para pemainnya agak kepenatan akibat perjalanan jauh untuk beraksi dalam perlawanan kali ini.

Homestay Sofea : Tumpang gembira walaupun tak layan sangat bola ni.. :)


June 14, 2014

ZZ Sup Tulang


Kalau datang JB tak sah kalau tak datang sini. Menu yang paling spesial kat sini adalah Mee Rebus Tulang. Cuba tengok gambar kat bawah tu.. Siap ada straw lagi. Kalau nak dating ngan awek especially first time date tu sangatlah tak sesuai makan mee rebus tulang ni. Ye la.. kalau nak sedut sum-sum tulang tu mesti la kena sedut kuat-kuat. Ada bunyi crot-crot.. Hahaha

Menggiurkan!!!

Suasana Rileks.. Dok bawah pondok

Dah makan jangan lupa bayar..
Di bawah ni adalah pelan lokasi dari Homestay ke ZZ Sup Tulang di Jalan Petri. Jaraknya lebih kurang 14.6 km dan kalau drive tu lebih kurang 20 minit.

Pelan lokasi dari Homestay Sofea ke Restoran ZZ Sup Tulang
Bagi yang menginap di Homestay Sofea, kalau teringin sangat nak makan Mee Rebus Tulang tu saya sarankan anda pergi ke ZZ Sup Tulang cawangan Setia Tropika (gambar di bawah) sebabnya sangat dekat. Sila rujuk pelan di bawah tu. Tak sampai 10 minit.
Cawangan  ZZ Sup Tulang yang paling dekat dengan Homestay Sofea
(credit to openrice.com)

Pelan lokasi ZZ Sup Tulang cawangan Setia Tropika dari Homestay Sofea